Isnin, 7 Mac 2011

LAGI GELAGAT BANI ISRAIL

BAB 7

BANI ISRAIL ZAMAN NABI SULAIMAN (2:102-110)

Zaman Nabi Sulaiman, Bani Israil  mendesak supaya diajarkan ilmu sihir. Lalu dihantar dua malaikat, Harut dan Marut mengajarnya.  Sebelum mengajarnya, mereka berdua memberi amaran: Ilmu sihir ini adalah dugaan  amat besar. Jangan sekali-kali di amalkan.

Tetapi, seletah memperolehnya, mereka gunakan untuk memporak-perandakan kehidupan suami  isteri. Mereka tidak gunakan ke arah membuat kebajikan. Mereka gunakan untuk kerosakan. Allah memberitahu, perbuatan itu   tidak sedikitpun memberi keuntungan apa-apa di akhirat.  Malah ia akan menjadi suatu igauan  amat buruk ke atas diri mereka sendiri.

Sebenarnya, ahlilkitab di kalangan mereka, tetap berharap tidak ada suatu kelebihan diberikan  ke atas orang beriman. Tapi, semuanya itu hak Allah. Dia berhak memberikan suatu kelebihan ke atas siapa Dia kehendaki. 

Memang sudah menjadi misi mereka,  setiap orang beriman akan kembali menjadi kafir selepas beriman. Kerana itu, Allah nasihatkan orang beriman: Kalau hendak lepas dari ancaman ini, terus mendirikan solat dan menunaikan zakat. Malah apa saja kebajikan  kita lakukan, tetap akan mendapat balasan dari Allah di akhirat nanti.

YAHUDI DAN NASRANI  JUGA TIDAK SEPENDAPAT (2:111-115)

Hakkikatnya, Yahudi dan Nasrani tidak juga sepakat. Sentiasa curiga mencurigai antara satu sama lain.  Yahudi mendakwa: Nasrani tidak akan masuk syurga.  Nasrani menjawab: Sebenarnya, Yahudilah yang tidak akan masuk syurga. Nabi Muhamad cuba menenangkan: Kalau dakwaan kamu benar, bawakanlah buktinya.

Malah, siapa yang menyerahkan hidup dan matinya kepada Allah, itulah tanda mereka melakukan kebajikan. Untuk mereka, Allah tetap sediakan ganjaran berganda di akhirat nanti.

Kemudian Yahudi menuduh lagi: Nasrani tidak mempunyai apa-apa kitab untuk menjadi pegangan.  Nasrani membalas:  Sebenarnya, Yahudilah yang tidak mempunyai apa-apa kitab untuk menjadi pegangan.  Padahal, kedua-duanya sama-sama mempunyai kitab sendiri.

Itulah telatah kumpulan  tidak tahu apa sebenarnya yang mereka cakapkan. Di akhirat nanti, Allah akan hakimkan apa yang mereka pertengkarkan.
.


Tidak ada satu perbuatan yang sehabis zalim di sisi Allah, selain dari mencegah orang beriman dari menunaikan ibadat  di masjid, atau merobohkannya. Kerana setiap orang yang ke masjid, tentulah terdiri dari kumpulan yang takut kepada Allah. Kerana mereka itu terdiri pula dari kumpulan yang mendapat kehinaan di dunia.  Di akhirat  pula mendapat azab dalam neraka.

Namun demikian, jangan pula sampai gangguan orang kafir itu membuatkan kita terus meninggalkan solat.  Dari timur hingga ke barat, semuanya milik Allah. Ke mana saja kita menghadapkan muka dalam solat, di situ adalah Allah. Dia tetap mendengar dan mengetahui.

YAHUDI DAN NASRANI  MENDAKWA ALLAH ADA ANAK (2:116-123)

Yahudi dan Nasrani juga pernah mendakwa, Allah ada mempunyai anak. Padahal Allah maha suci dari dakwaan mereka. Dia Tuhan pemilik langit dan bumi. Semua yang ada  padanya, tunduk dengan perintah-Nya.  Bila Dia mahu menjadikan sesuatu, memadai Dia menyebut: KUN, iapun terjadi.

Malah mereka pernah menyindir: kenapa Allah  tidak mahu menurunkan wahyu kepada kami. Atau sekurang-kurangnnya menunjukkan tanda kekuasaannya. Allah menjelaskan: Itulah pertanyaan yang selalu diulang-ulang oleh ibu bapa mereka sebelum ini. Padahal semuanya itu telah diberikan untuk mereka yang mahu membina keyakinan tentang Allah.

Itu sebab Allah mengutus Muhamad sebagai rasul yang akhir. Membawa al Quran menyatakan mana benar, mana salah. Dalam masa sama membawa khabar gembira ke atas orang beriman dengan balasan syurga. Memberi amaran ke atas orang kafir dan munafik dengan balasan neraka. Kerana itu, tidak perlu lagi dirisaukan untung  nasib penghuni neraka itu.

Kalau dilayan pun mereka tidak akan berubah.Kerana mereka tidak akan meredai kewujudan orang beriman di bumi ini. Kecuali kita mengikut ajaran agama mereka.  Yakinlah, petunjuk  sebenar ialah petunjuk Allah. Kalau kita ikutkan juga kehendak mereka, nanti kita akan menjadi oran zalim. Tiada lagi petunjuk akan kita peroleh dari Allah.

Siapa  beriman dan membaca al Quran  dibawa Muhamad, mereka itulah orang  beriman dengan Allah. Siapa  menolaknya, mereka akan menjadi orang  rugi di akhirat nanti.

Akhirnya, sekali lagi Allah mengingatkan Bani Isrial: Wahai Bani Israil, ingatlah semua nikmat  telah kamu terima. Itulah suatu kelebihan yang Aku berikan kepada kamu. Ia belum diberikan kepada umat yang lain di alam ini.  

Takutlah kepada hari di mana kiamat akan berlaku. Tiada siapa lagi  yang sanggup datang memberi pertolongan. Tidak juga kemenangan untuk mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan