BAB 24
BALASAN UNTUK SI PEMBUNUH (4:91-101)
Allah bertanya orang beriman: Kenapa kamu masih berselisih pendapat tentang memerangi orang kafir. Bukankah mereka itu, menjadi kafir pilihan sendiri. Tidak patut kita masih ghairah menolong mereka untuk diberi petunjuk. Padahal mereka itu, sama saja, sama ada diberi petunjuk atau tidak. Terus perangi mereka di mana bertemu. Kecuali mereka yang minta perlindungan.
Tidak ada sebab orang beriman membunuh orang beriman lainnya. Kalau tidak sengaja, hendaklah mereka membayar diat, memerdahekakan seorang hamba kepada keluarganya. Kalau tidak, berpuasa 2 bulan berturut-turut sebagai mengaku bersalah dan taubat. Jika membunuh dengan sengaja, balasannya tetap neraka jahanam.
Kerana itu, berwaspada selalu. Kalau ada yang memberi salam, siasat dulu Jangan cepat menuduh mereka kafir untuk dibunuh dengan harapan mendapat harta rampasan. Tentulah tidak sama ganjaran antara mereka yang keluar berperang dengan mereka yang tidak keluar.
Solat adalah suatu kewajipan tetap. Kerana itu Allah mensyariatkan solat masa perang. Pasukan pertama takbir bersama imam pada rakaat pertama. Pasukan kedua bersedia dengan senjata menghadapi musuh. Bila nabi takbir rakaat kedua, pasukan pertama meneruskan solatnya sampai salam. Pasukan kedua bertakbir bersama nabi. Bila perang tamat, ingatlah Allah semula semasa berdiri, duduk dan berbaring kerana solat itu telah ditetapkan 102.
MUHAMAD DIUTUS MEMBAWA AL QURAN (4:105-130)
Allah turunkan al Quran kepada Muhamad, menjadi asas berhukum sesama manusia seperti diajarkan Allah. Jangan kita mengkhianatinya. Jangan pula cuba berdebat dengan pengkhianat, Allah tidak suka dengannya. Mereka hanya dapat bersembunyi dari manusia saja, tidak dari Allah. Kerana Allah sentiasa berada bersama-sama kita. Mereka hanya pandai berhujah tentang persoalan hidup dunia saja, tidak tentang hidup akhirat. Kalau mereka minta ampun, Allah sedia ampunkan. Kalau tidak kerana rahmat Allah, nescaya kita telah disesatkannya.
Tidak ada bisikan yang dibenarkan selain dari berbisik untuk kebajikan, berbuat baik dan perdamaian. Jika kita lakukannya, Allah sediakan pahala berganda. Siapa yang menentang rasul selepas turun al Quran, mereka akan dimasukkan ke neraka. Tiada keampunan Allah berikan. Kerana mereka bertuhankan syaitan. Semuanya akan ke neraka.
Kalau ada yang ingin tahu tentang kedudukan wanita, nabi menjawab: Semuanya telah tercatat dalam al Quran. Termasuk anak yatim yang tidak mempunyai apa-apa habuan. Kalau tidak, uruskan kebajikan mereka. Kalau ada isteri yang bergaduh dengan suami, damaikan mereka. Jika kita melakukan kebajikan dan bertakwa, Allah tahu apa yang kita niatkan.
Sebenarnya kita tidak akan mampu berlaku adil dengan isteri kita, walau macam mana pun kita cuba. Berdamai lebih baik dan terus bertakwa. Kalau berpisaah, Allah telah tentukan bahagiannya.
MANUSIA LEBIH CENDERUNG KEPADA DUNIA (4:131-137)
Allah memiliki apa saja yang terdapat di langit dan di bumi. Kepada ahlilkitab juga Allah berpesan supaya bertakwa. Kalau menolaknya, Allah tetap maha kaya lagi terpuji. Kalau Allah mahu, Dia boleh hapuskan mereka dan gantikan dengan generasi baru. Kalau mereka mahu kebajikan dunia, tapi bagi Allah kebajikan ada dunia dan akhirat.
Kerana itu, Allah mahu kita, orang beriman menegakkan keadilan walapun terhadap diri sendiri atau keluarga tanpa mengira kaya atau miskin. Jangan sekali-kali ikut perasaan dan kehendak nafsu. Teruskan beriman dengan Allah, rasul, dan kitab yang diturunkan. Siapa yang menolaknya, bermakna mereka telah menempah kesesatan.
ORANG MUNAFIK TEMPATNYA DI KERAK NERAKA (4:138-152)
Bagi mereka yang beriman kemudian murtad. Kemudian beriman dan murtad lagi. Tiada lagi petunjuk dari Allah. Apakah mereka mahu menunjukkan kekuatan, padahal Allah saja yang maha berkuasa.
Orang munafik pernah menipu Allah. Sebenarnya mereka menipu diri sendiri. Bila mendirikan solat tidak sungguh-sungguh. Hanya ingin menunjuk-nunjuk. Siapa yang sesat, semua jalan sudah tertutup untuk mereka. Kerana itu jangan pula menjadi kafir sebagai sahabat. 142
Allah tegaskan, orang munafik tempatnya di kerak neraka. Tanpa apa-apa pertolongan lagi. Kecuali mereka sempat taubat, berbuat baik, terus beriman dengan ikhlas dan mengamalkan cara hdup Islam. Mereka tetap akan mendapat balasan berganda di akhirat. Bukan menjadi dasar Allah mengazab mereka yang beriman dan bersyukur kepada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan