BAB 30
BERBURU
MUSIM HAJI
Dilarang berburu semasa ihram haji bukan Allah mahu menyekat makanan yang
disukai manusia selepas beriman dan bertakwa kepadaNya. Allah tetap suka mereka
yang melakukan kebajikan. Tapi hanya sekadar menguji siapa yang sebenarnya beriman dan bertakwa
kepada Allah. Kalau membunuh dengan sengaja, kifaratnya sama dengan nilai binatang yang dibunuh
Sebagai ganti, Allah
halalkan menangkap ikan di laut. Ia
ditujukan khusus kepada mereka yang sudah berniat ihram haji ke Kaabah. Kerana itu, takutlah kepada Allah.
Di akhirat nanti kita semua akan dihimpunkan kepadanya.
Kaabah adalah tempat berhimpunnya manusia seluruh dunia. Untuk memberitahu
bahawa Allah tahu apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Allah menyediakan azab berganda di akhirat
untuk mereka jika ingar dengan perintahNya.
Namun Dia tetap maha pengampun, kerana Dia masih sayang kepada hambanya, manusia. Allah tetap tahu apa
yang kita nyatakan dan apa yang kita sembunyikan.
Allah memberi perbandingan. Tentulah tidak sama antara buah
yang busuk dengan buah yang baik, walaupun yang busuk itu menakjubkan. Bertakwalah kepada Allah mudah-mudahan kita
akan mendapat kemenangan di akhirat nanti.
Allah ingatkan kita, umat terkemudian supaya jangan terlalu banyak
soalan tentang Allah. Nanti ia mungkin
akan menyusahkan diri sendiri. Kalau dilakukan semasa al Quran masih
diturunkan, mungkin ia boleh diampunkan, kerana Allah maha pengamun. Peristiwa
begini pernah berlaku kepada beberapa umat sebelum Muhamad. Bila dijawab,
mereka bukan menjadi insaf, tapi hati
mereka semakin keras.
Buhirah, Saibah, Wasilah dan Ham adalah Tuhan mereka
jenamakan sendiri. Kerana itu, bila diajak: Marilah kita beriman dengan al Quran
yang diterima Muhamad. Mereka menjawab sombong:
Memadailah
kami menyembah apa yang disembah ibu bapa kami. Walaupun amalan itu hanya ikut-ikutan.
Allah ingatkan kita, orang beriman. Kekalkan kepercayaan kepada Muhamad dan al Quran. Kita tidak akan
dapat disesatkan mereka, bila sudah mendapat
petunjuk. Akhirnya kita akan dihimpunkan
di depan Allah di akhirat nanti. Semua perbuatan kita akan didedahkan.
ALLAH GESA ISA INGAT NIKMAT YANG
DITERIMANYA (5:110-120)
Nikmat untuk Isa adalah istimewa. Tidak pernah diberikan
Allah kepada sesiapa pun.
Boleh bercakap dengan manusia semasa dalam buaian. Diberi ilmu dan hikmat seperti
dalam Taurat dan Injil. Diberi kelebihan
boleh menghidupkan burung yang diperbuat daripada tanah. Boleh mengubat penyakit sopak. Menghidupkan orang
mati. Namun semuanya itu dituduh oleh orang kafir sebagai sihir.
Satu hari, Allah memerintahkan kaum Hawariyun: Berimanlah dengan Allah dan
rasul-Ku. Mereka terus menjawab: Ya, kami beriman dan naik saksi, kami akan melaksanakan cara hidup
Islam
Tapi tidak lama selepas itu, Hawariyun menuntut: Wahai Isa, anak Maryam, turunkan
pula hidangan dari langit. Isa menjawab: Bertakwalah
kepada Allah, jika kamu orang beriman. Mereka menjawab selamba: Kami hanya nak merasa,
mudah-mudahan ia boleh menenangkan hati kami. Selepas itu
barulah kami yakin, seruan kamu adalah benar.
Isa anak Maryam menadah tangan: Ya Allah, tunaikanlah
permintaan mereka ini. Jadikanlah permintaan ini kali pertama dan kali terakhir, sebagai bukti kekuasaan
Engkau. Allah perkenankan permohonan Isa: Baiklah Aku akan turunkan seperti
mereka pinta. Siapa
yang tidak juga mahu beriman selepas ini, mereka akan diazab dengan azab yang
belum pernah berikan kepada sesiapa pun di alam ini.
ISA MENEMPELAK KAUMNYA (5:116-120)
Untuk membetulkan kedudukan Isa yang sedang hangat ketika
itu, Allah bertanya Isa: Wahai Isa anak Maryam, apakah
kamu yang memberitahu manusia supaya menjadikan
kamu dan ibumu sebagai Tuhan. Isa menjawab sambil merendahkan
diri: Maha suci
Engkau darinya. Jika aku yang berkata
demikian, awal-awal lagi Engkau sudah tahu.
Kerana Engkau tahu apa yang tersembunyi di sudut hati kami.
Sedangkan aku tidak tahu apa hakikat Engkau yang sebenarnya. Tidak ada apa yang
aku katakan kepada mereka, semuanya dari apa yang Engkau suruh sampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan