BAB 13
ALLAH IZINKAN KITA BERCERAI (2:224-229)
Kadang-kadang, terlalu sayang kepada isteri, tanpa disedari kita bersumpah dengan nama Allah untuk membuktikannya. Terutama berhubung dengan perkara kebajikan, ketakwaan dan perdamaian. Niat kita tidak boleh disembunyikan kerana Allah tetap mendengar dan mengetahuinya.
Sebenarnya sumpah yang kita buat tidak salah. Yang menjadi persoalan ialah niat kita tidak betul kerana cuba melibatkan nama Allah. Umpama, kalau kita bersumpah dengan nama Allah, tidak akan bersetubuh dengan isteri, dengan sendirinya kita terpisah dengan isteri selama 4 bulan.Kalau mahu kembali semula kita dikehendaki membayar kifarat sumpah. Kalau kita sudah berazam hendak menceraikannya, Allah juga mengetahui bisikan hati kita.
Setiap isteri yang dijatuhkan talak, dikehendaki menunggu selama tiga kali suci untuk berkahwin lain. Tidak ada gunanya kita berbohong dengan keadaan diri, kalau mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat. Kerana suaminya masih berhak untuk rujuk semula jika ada persefahaman. Suami hanya diberi sedikit kelebihan membuat keputusan,
KEDUDUKAN ISTERI MASA EDAH (2:230-232)
Lafaz talak hanya dua kali saja. Masa itu, suami masih boleh rujuk. Kalau tidak, lepaskan terus dengan baik. Suami diharamkan mengambil semula apa saja yang telah diberikan. Kalau sudah rujuk buat kali kedua, hiduplah dengan aman dan kasih sayang. Kalau diceraikan buat kali ketiga, suami diharamkan rujuk, kecuali selepas isterinya berkahwin dengan suami lain. Selepas bercerai, barulah suami pertama dibenarkan kembali semula dengan akad yang baru. Itu pun kalau yakin peristiwa lama tidak kembali.
Bila sampai waktu edahnya, suami perlu buat keputusan. Rujuk kembali atau lepaskan terus. Jangan rujuk untuk menyusuhkannya. Jangan sekali-kali persendakan hukum Allah. Ingatlah nikmat yang kita telah peroleh darinya. Tidak diturunkan al Quran itu, kecuali untuk menjadi penasihat kepada kita.
Jika edahnya sudah habis, tiada hak suaminya menghalang bekas isterinya dari berkahwin lain. Ia merupakan nasihat kepada mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat. Inilah satu cara Allah menentukan tahap kesucian kandungan isteri kita.
PAMPASAN KE ATAS ISTERI DICERAIKAN (2:233-242)
Untuk pembangunan fizikal bayi, ibu dicadangkan menyusukan bayinya selama dua tahun. Sementara bapa pula bertanggungjawab menyediakan makanan, pakaian secara patut. Tiada paksaan harus dilakukan. Jangan sampai memudaratkan ibu atau bapa bayi tersebut. Kalau mahu cerai susu, buatlah keputusan bersama.
Siapa yang kematian suami, isterinya hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari. Selepas itu, bebaslah mereka melakukan apa yang difikirkan patut seperti biasa. Bolehlah mereka menerima pinangan secara terangan atau dengan sindiran. Jangan sekali-kali berkahwin dengannya sehingga edahnya habis.
Tidak diwajibkan membayar mas kahwin ke atas isteri yang diceraikan, sebelum berlaku persetubuhan dengannya, jika berhutang. Kalau sudah ditetapkan mas kahwinnya, kita perlu memberikan sebahagian darinya, kecuali jika dihalalkan oleh keluarganya. Itulah sehampir sikap ke arah ketakwaan.
Teruskan mengerjakan solat dengan khusyuk, terutama solat Asar. Kalau takut diganggu musuh, dibenarkan solat sambil menunggang. Bila sudah sampai distinasi atau keadaan sudah aman, kembalilah solat seperti biasa.
Sebelum meninggal, suami boleh berwasiat supaya isterinya diberi nafkah selama setahun. Kalau mereka mengambil keputusan meninggalkan rumah tersebut, biarkan saja. Ia bukan suatu kesalahan. Namun, setiap isteri yang diceaikan, suami perlu memberikan pampasan sepatutnya Itulah amalan orang bertakwa.
Itulah satu huraian hidup berkeluarga dan hukum-hukumnya bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan