BAB 14
LAGI TELATAH BANI ISRAIL (2:246-252)
Selepas Musa, Bani Israil pernah bertanya rasul yang diutus kepada mereka: Kalau hendak mengajak kami berperang, lantiklah salah seorang dari kami menjadi raja. Nabi tersebut menjawab: Apakah ikrar kamu ini betul?. Mereka menjawab: Kenapa tidak. Bukankah keluarga kami pernah diusir dari perkampungan kami. Tetapi, sebaik saja perintah perang diturunkan, mereka mula mencari-cari alasan.
Bila diisytiharkan Talut menjadi raja, mereka membantah: Apa sudah jadi, bukankah kami yang lebih layak. Dia manusia biasa, bukan orang kaya. Nabi tersebut menjawab: Allah memilihnya bukan berdasarkan kekayaan. Tapi kerana dia banyak ilmu dan gagah berani. Namun Allah berhak memilih siapa yang dikehendaki-Nya. Dia juga memiliki Tabut, peti tempat menyimpan Taurat peninggalan Musa. Itu sudah cukup sebagai bukti, jika kamu betul-betul beriman.
Talut terus memimpin tenteranya ke medan perang. Bila sampai di sebatang sungai, dia memberitahu; Allah mahu menguji kamu dengan sungai ini. Siapa yang minum airnya, mereka bukan pengikutku. Kecuali mereka yang meminumnya, sekadar melepaskan dahaga. Sebaik saja menyeberang, ramai yang meminumnya. Apabila sampai ke seberang mereka mula memberi alasan: Hari ini kami betul-betul tidak berupaya meneruskan peperangan. Masa itu juga mereka yang berman menjawab: Kita mesti teruskan perjuangan. Telah banyak kita dapati, kumpulan kecil boleh mengalahkan kumpulan besar. Kalau sabar, Allah pasti akan bersama kita.
Mereka terus berdoa: Ya Allah, tetapkan hati kami penuh kesabaran semasa menentang musuh. Berikan kemenangan ke atas kami. Bila perang berlaku, Daud dapat membunuh Jalut. Selepas itu, Allah lantik menjadi raja. Diberikan juga ilmu dan hikmah. Kalaulah Allah tidak tolong orang beriman dalam peperangan ini, nescaya bumi akan hancur. Itulah satu kelebihan diberi Allah ke atas orang beriman. Inilah satu lagi kisah Bani Israil bagi membuktikan Muhamad itu adalah Rasulullah.
BELANJAKAN HARTA SEBELUM MATI (2:253-257)
Inilah sebahagian kisah para rasul yang mempunyai kelebihan yang berlaian antara satu sama lain. Ada yang dizinkan bercakap dengan Allah. Isa anak Maryam pula dilahirkan melalui roh qudus. Dibekalkan dengan Injil. Kalau Allah mahu, Dia boleh damaikan manusia selepas ini. Tapi Allah biarkan mereka bermusuh-musuhan. Ada yang beriman, ada pula yang kafir. Tentulah ada hikmah kenapa Allah mahu ia berlaku.
Allah ingatkan orang beriman, mati akan berlaku bila-bila masa. Kerana itu kita perlu belanjakan harta diperoleh sebelum berlaku kematian. Kerana masa itu, tiada lagi berguna harta untuk menebus diri. Masa itu, semuanya terpulang kepada Allah. Tiada lagi Tuhan yang berkuasa selain dari-Nya. Itulah Tuhan yang sentiasa hidup, tidak mengantuk, tidak juga tidur. Terus menguruskan peredaran bumi dan hidup manusia. Semua yang ada di langit dan di bumi, milik Allah. Yang memerintah seluas langit dan bumi. Itulah kerajaan yang maha tinggi dan agong.
Namun demikian, Dia tidak akan memaksa seseorang itu memilih cara hidup Islam. Terpulang kepada setiap individu memilihnya. Kerana Dia telah memberikan garis panduan, mana jalan petunjuk, mana jalan sesat. Siapa yang berjaya mengekang bisikan syaitan dan terus beriman dengan Allah, mereka itulah yang beriman dengan Allah yang sebenarnya.
Itulah juga Tuhan yang memimpin manusia yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan akidah ke arah cahaya keimanan. Siapa yang terpengaruh dengan bisikan syaitan, bermakna mereka cuba keluar dari cahaya keimanan ke arah kegelapan akidah. Mereka akan kekal dalam neraka.
ALLAH BUKTIKAN KEKUASAANNYA (2:253-257)
Bila Ibrahim meningkat remaja, dia berhujah dengan Namrud: Tuhan aku boleh menghidupkan orang mati. Namrud menjawab sombong: Aku juga boleh menghidup dan mematikan. Ibrahim membalas: Tuhan aku boleh terbitkan matahari dari timur ke barat. Lalu kelu lidah Namrud dari membalasnya.
Peristiwa kedua, satu hari seorang remaja melintasi satu kebun buah-buahan yang sudah habis rosak binasa. Dia berbisik dalam hati: Macam mana Allah boleh menghidupkan semula kebun ini. Lalu Allah tidurkan selama 100 tahun. Bila dia tersedar, Allah bertanya: Berapa lama kamu tertidur. Dia menjawab ragu-ragu: Aku rasa baru sehari....., mungkin juga setengah hari.
Allah memberitahunya: Sebenarnya kamu tertidur selama 100 tahun. Cuba lihat makanan kamu. Masih segar lagi. Kemudian lihat pula keldai kamu. Semua sudah tinggal tulang. Lihat, bagaimana ia boleh hidup semula. Setelah melihatnya, remaja tersebut terus berkata: Sekarang aku yakin Engkau maha berkuasa atas alam ini.
Akhirnya, Allah bawakan dialog Ibrahim dengan Allah: Ya Allah, cuba tunjukkan, bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah mengujinya: Apakah kamu tidak percaya?. Ibrahim menjawab: Bukan tidak percaya, tapi sekadar menambah keyakinan.
Allah terus mengarahkan: Tangkap 4 ekor burung. Cincing lumat-lumat. Gaulkan antara satu sama lain. Kemudian letakkan di atas 4 puncak bukit. Bila kamu seru, ia akan datang kepada kamu seperti biasa. Itulah tanda Allah itu Maha Perkasa lagi bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan