BAB 15
BELANJAKAN HARTA KE ARAH KEBAJIKAN (2:261-278)
Allah umpamakan mereka yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, sama seperti sebiji benih. Bila ditanam ia akan menumbuhkan 7 tangkai. Setiap tangkai mempunyai 100 biji. .Demikian caranya Allah menggandakan pahala setiap kebajikan yang kita buat.
Kalau kita tidak mengungkitnya setiap kali sedekah diberi, kita tidak perlu risau tentang pahalanya. Sementara tutur kata yang sopan dan pengampunan yang kita berikan lebih baik dari sedekah yang diungkit-ungkit,
Kepada orang beriman Allah mengingatkan, jangan sekali-kali kita batalkan pahala sedekah dengan mengungkitnya. Bila bersedekah untuk tujuan bermegah . Ia sama dengan perbuatan mereka yang tidak beriman. Allah umpamakan sedekah itu, sama seperti batu yang disalut lumpur. Lalu ditimpa air hujan, lumpur akan luntur, batu akan tinggal licin. Tiada apa-apa yang kita dapat.
Allah umpamakan pula harta yang dibelanjakan demi untuk mendapat keberkatan hidup dari Allah. Sama seperti sebuah kebun yang terletak di lembah. Bila ditimpa hujan ia akan mengeluarkan hasil berganda. Kalau tidak ditimpa hujan, ia tetap mengeluarkan hasil seperti biasa.
Tentulah idea bodoh, bila ada antara kita yang mahu kebun buah-buahan yang sedang mengeluarkan hasil dibiarkan rosak. Sedangkan kita mempunyai anak cucu yang ramai untuk mewarisinya. Satu perumpamaan untuk difikirkan,
Kerana itu Allah mengingatkan kita, orang beriman. Berbelanja dari harta usaha sendiri. Diperolehi dari sumber yang terdapat di bumi, bukan di atas angin. Jangan pula sedekahkan dari bahan yang kita sendiir pun tidak suka dengannya.
Ingatlah, harta inilah yang akan digunakan syaitan untuk kita menjadi papa kedana dan melakukan perbuatan keji dan dosa. Sedangkan Allah menjanjikan keampunan dan kelebihan yang banyak di akhirat.
Kemudian mereka diberikan hikmah. Siapa yang mendapatnya sudah tentu mereka akan dilimpahkan kurniaan yang lebih banyak lagi. Semuanya akan diperoleh jika kita selalu menggunakan akal
SEDEKAH BOLEH SECARA TERANG ATAU SEMBUNYI (2:270-284)
Apa saja yang kita belanjakan atau nazarkan, semuanya Allah tahu. Jika dihebahkan, kita tetap akan mendapat pahalanya. Jika kita berikan secara sembunyi, itulah yang lebih baik. Ia tetap akan menghapuskan dosa kejahatan kita. Bukan kita yang memberi mereka petunjuk, tapi semuanya kehendak Allah. Jika kita bersedekah dengan harta yang halal, pahalanya tetap untuk kita. Jika kita bersedekah, waktu siang atau malam, secara terang atau sembunyi, Allah tetap berikan ganjarannya.
Kecuali mereka yang menggunakannya untuk mendapat keuntungan berlebih-lebihan. Mereka ini, di akhirat nanti akan dibangkitkan, sama seperti dirasuk syaitan. Terhuyung hayang ke sana ke mari. Kerana mereka mendakwa: Bukankah keuntungan itu adalah proses jual beli. Sedangkan Allah halalkan jual beli dalam konteks pertukaran barang untuk memenuhi keperluan. Hidup. Diharamkan kita mengambil keuntungan berlebih-lebihan secara menipu.
Siapa yang berhenti darinya, semuanya terpulang kepada Allah. Kalau kita mengulanginya buat kali kedua, tempat kita ialah di neraka, kekal di dalamnya. Ingatlah keuntungan yang berlebih-lebihan boleh membawa kepapaan. Sedekah pula akan membawa kepada kekayaan. Jika taubat, kita boleh ambil modalnya saja. Kita tidak lagi dianggap zalim. Takutlah kedatangan hari kiamat, di mana kita akan bertemu semula dengan Allah. Di sana semua perbuatan mengambil keuntungan berlebihan ini akan ditimbang dan diberi balasannya.
Allah mengingatkan kita orang beriman, bila berhutang hendaklah dicatat dalam lejer hutang. Ditulis oleh pegawai yang amanah dan adil. Jangan sekali-kali menyembunyikan apa-apa fakta yang sebenar atau cuba menipu. Kalau pemiliknya seorang bodoh atau uzur, mintalah dua lelaki menjadi saksi. Kalau tidak satu lelaki dua perempuan dengan persetujuan bersama. Agar tiada berlaku kezaliman ke atas mereka. Urusan ini tidak diperlukan jika urusan jual beli berlaku secara tunai.
DOSA DAN PAHALA IKUT TAHAP AMALAN (2:285-286)
Kalau Muhamad beriman dengan al Quran yang dierimanya, sudah semestinya setiap orang Islam, beriman dengan Allah, malaikat, kitab dan rasul. Kerana setiap rasul itu membawa risalah yang sama: mentauhidkan Allah. Semunya berikrar: Ya Allah, kami dengar dan kami taat. Ampunkan dosa kami. Kami tetap akan kembali kepada-Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan