Sabtu, 28 Mei 2011

QURAN LANJUTAN TAURAT DAN INJIL

BAB 16

3
SURAH ALI IMRAN
(176 ayat)


AL QURAN SAKSI KEBENARAN TAURAT DAN INJIL (3:1-10)

Allah bersumpah dengan huruf  alif, lam, mim untuk membuktikan Allah, tiada Tuhan selain dari-Nya. Dia  tetap hidup menguruskan peredaran bumi dan kehidupan manusia.  Dia juga yang menurunkan al Quran kepada Muhamad, menjadi saksi kebenaran kandungan kitab Taurat dan Injil,  juga menjadi petunjuk kepada Bani Israil sebelumnya. Al Quran ini juga diturunkan untuk menentukan siapa yang salah dan betul dalam  perselisihan sesama manusia.  

Siapa yang menolak, mereka disediakan azab di neraka. Di sana nanti tidak perlu lagi kita beralasan kerana Allah tahu apa saja yang terdapat di langit dan di bumi. Malah Dia juga tahu apa yang berlaku dalam kandungan ibu. Itu sebab Allah dikatakan maha perkasa lagi bijaksana.

Al Quran yang diturunkan mempunyai ayat yang jelas, terutama berhubung dengan kejadian manusia dan alam akhirat. Ada pula yang masih samar-samar, terutama tentang  manusia dan hubungannya dengan alam.

Biasanya mereka yang tidak mempunyai keyakinan total terhadap Allah dan qadak qadarnya saja akan membuat tafsiran mengikut perasaan dan nafsu untuk melahirkan kekeliruan dan fitnah.  Sebenarnya, tiada siapa yang mengetahui  pemahaman yang sebenarnya kecuali Allah dan orang beriman yang memiliki ilmu mengikut bidang yang tertentu. Mereka tanpa ragu-ragu memperakukan: Kami tetap yakin, semuanya itu datang dari Allah.

Selepas itu mereka sentiasa berdoa:  Ya Allah, jangalah Engkau sempitkan dada ini selepas Engkau berti petunjuk. Terus turunkan rahmat-Mu ke atas kami.  Kami yakin suatu masa nanti kami tetap akan dihimpunkan di depan-Mu, di akhirat.  Siapa yang menolak al Quran, tiada anak dan harta yang akan datang menolong. Mereka tetap akan menjadi kayu api neraka.

ALLAH BERI CONTOH FIRAUN (3:11-33) 

Samalah seperti Firaun dan raja sebelumnya. Menolak seruan rasul, lalu dibinasakan. Semua mereka itu akan dihimpunkan dalam neraka.  Memang Allah hiasi hidup manusia suka pada perempuan, anak, kemewahan, kuda tunggangan, binatang ternakan, ladang yang luas. Tapi semua itu hanya nikmat sementara saja.   Nikmat sebenar ialah nikmat bertemu dengan Allah di akhirat.  Nikmat tersebut dikurniakan  untuk mereka yang bertakwa saja. Mereka disediakan  syurga, dialu-alukan  oleh para isteri yang sentiasa suci. Mereka juga tidak lekang dari berdoa:  Ya Allah, kami tetap beriman dengan-Mu. Ampunkan dosa kamu. Lepaskan kami dari masuk neraka. 
Allah memperakukan. Dia adalah Allah, tiada Tuhan selain d ari-Nya.Itulah juga ikrar yang diberikan  para malaikat, para cendekiawan untuk hidup akhirat. Itulah Allah, Tuhan yang maha perkasa lagi bijaksana. Kemdian, Allah mengatakan, hanya cara hidup Islam saja yang  diperakui di dunia ini.  Semua ahlilkitab, tidak pernah berselisih  tentang hidup Islam ini kecuali selepas diturunkan al Quran kepada Muhamad sebagai tanda protes. Siapa yang menolak al Quran dan membunuh nabi yang diutus untuk mereka, berikan berita gembira dengan azab yang pedih.  Semua pahala amalan mereka hilang begitu saja.

ALLAH MEMILIKI SEMUA PEMERINTAH YANG ADA (3:28-32)

Maha suci Allah yang memerintah dunia dan akhirat. Dia yang menaikkan sesebuah kerajaan dan menurunkannya   Mengekalkan kerajaan yang ada.. Kerana semua kebaikan berada di tangan-Nya.

Sama seperti, Dia yang menukarkan siang dengan malam silih berganti. Dia yang menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.  Dia juga yang memberi makan siapa yang dikehendki. Kerana itu,  jangan menjadikan orang kafir itu sebagai sahabat. Nanti kita tidak akan dapat apa-apa dari Allah. Kecuali kita kembali bertakwa dan selalu ingat, kita akan kembali semula kepada-Nya.  

Ketika itu semua amalan kita ditimbang. Bagi orang berdosa, sentiasa berharap masa itu namanya akan lambat lagi dipanggil. Namun mereka tetap juga akan dipanggil untuk menerima catatan amalan mereka. Kalau kita betul-betul kasih pada Allah, ikutlah ajaran yang dibawa rasul. Nescaya Allah kasih kepada kita. Teruskan taat perintah Allah dan rasul-Nya. Kalau kita mengingkarinya, Allah tidak suka orang kafir.

ALLAH BAWAKAN KISAH ISA ANAK MARYAM (3:33-41)

Allah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran  serta zuriatnya menjadi rasul. Bila isteri Imran mengandung, dia bernazar: Ya Allah,aku bernazar, kandunganku ini  akan aku bebaskan dari mensyirikan-Mu. Terimalah nazarku ini.

Sebaik saja melahirkannya, isteri Imran, merintih: Aku melahirkan anak perempuan rupanya. Allah mnejawab:Hanya Allah saja yang tahu  lelaki atau perempuan. Isteri Imran berkata: Tak apalah, aku namakan dia Maryam. Aku bermohon dari-Mu, lepaskan dia dari bisikan syaitan.

Permintaannya dikabulkan Allah. Diserahkan kepada Zakaria memeliharanya. Satu hari, bila Zakaria melawatnya di mehrab, dia terperanjat: Apa sudah berlaku, wahai Maryam. Siapa yang memberi makanan ini. Maryam menjawab dengan tenang: Semuanya ini datang dari Allah yang menurunkannya kepada siapa yang Dia suka.

Ketika itu juga Zakaria  menadah tanga: Ya Allah, kurniakan pula aku zuriat yang baik. Doa Zakaria disahut malaikat:  Wahai Zakaria, kamu akan dikurniakan  anak bernama Yahya. Diberikan wahyu dan dilantik menjadi rasul.  Zakaria agak kehairanan: Bagaimana aku boleh mendapat anak. Bukan aku sudah tua, isteriku pula mandul. Malaikat menjawab: Itu adalah kerja mudah bagi Allah.

Zakaria masih belum percaya:  Kalau benar, apa tandanya. Malaikat menjawab: Kamu akan dibisukan selama tiga hari. Bercakaplah dengan menggunakan isyarat. Teruskan bertasbih dari pagi hingga ke malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan