4
SURAH AN NISAK
(176 ayat)
MANUSIA PERLU BERTAKWA KEPADA ALLAH (4:1-10)
Allah mahu kita bertakwa kepada Nya. Kerana Dia menjadikan kita dari satu, Adam. Dari rusuknya dijadikan isterinya, Hawa. Selepas itu berkembanglah zuriatnya lelaki dan perempuan. Bertakwalah juga kepada Allah yang agak menghairankan, bagamana jasad boleh membesar dalam rahim ibu. Ketahuilah Allah itu sentiasa hampir dengan kita.
Allah menggalakkan kita mengambil anak yatim sebagai anak angkat, kerana bapanya mati syahid dalam peperangan. Menguruskan hartanya dengan baik. Pulangkan semula selepas mereka sudah baligh. Jangan sekali-kali kita gunakan untuk kepentingan diri. Ia dosa besar.
Kalau kita tidak yakin akan berlaku adil, Allah izinkan kita berkahwin dengan ibunya. Boleh dua atau tiga atau empat. Kalau masih tidak yakin, kahwini seorang saja. Yang selebihnya miliki sebagai hamba. Satu tindakan yang boleh menghindarkan kita dari dianggap zalim. Bila hendak mengahwini ibunya, berikan mas kahwinnya.
Jangan kita kembalikan harta anak yang tidak sempurna akalnya. Terus belanjakan untuk kepentingan mereka. Bergaullah dengannya secara baik. Amanah ini perlu dijaga dengan baik sehingga anak itu berkahwin. Atau serahkan, bila kita merasakan mereka sudah mampu menguruskannya. Jangan pula kita menggunakan harta mereka sehingga habis, sebelum sampai masa penyerahan dilakukan. Jika kita kaya, ada baiknya jangan diambil darinya. Kalau kita miskin, boleh gunakan secara berpatutan. Bila hendak memulangkannya, serahkan di depan dua saksi.
Anak lelaki dan perempuan mempunyai hak ke atas harta peninggalan kedua ibu bapanya. Banyak atau kurang bergantung kepada ketetapan Allah. Jika semasa penyerahan dilakukan terdapat bersama kaum kerabat, anak yatim atau orang miskin, berikan sedikit bahagian untuk mereka sebelum pembahagian pusaka dijalankan. Tentulah kita tidak rela melihat anak-anak mereka tinggal dalam keadaan miskin selepas matinya
Siapa yang memakan harta anak yatim secara tidak sah, di akhirat nanti perut mereka akan dipenuhi bara api.
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA (4:11-14)
Allah menetapkan anak lelaki mendapat dua bahagian, anak perempuan satu bahagian. Kalau anak perempuan itu lebih dari dua, untuk mereka 2/3 bahagian. Jika anak perempuan itu seorang saja, bahagiannya 1/2.
Kalau si mati meninggalkan ibu dan bapa, setiap seorang darinya dapat 1/6, jika si mati ada anak lelaki. Kalau tidak ada anak lelaki, ibunya mendapat 1/3, bapanya 2/3. Kalau si mati mempunyai saudara perempuan, emaknya mendapat 1/6 setelah diselesaikan wasiat dan hutangnya. Ini ketentuan dari Allah.
Kalau isteri meninggal, kita dapat ½, jika tiada anak. Kalau ada anak, kita dapat ¼ bahagian selepas diselesaikan wasiat dan hutangnya. Kalau suami mati, isteri kita dapat ¼ bahagian, kalau kita tiada anak, selepas diselesaikan wasiat dan hutangnya. Kalau suami meninggal, isteri mendapat ¼, kalau tiada anak. Kalau ada anak, dia dapat 1/8 selepas ditunaikan wasiat dan hutangnya.
Kalau lelaki meninggal, terdapat seorang saudara seibu, atau saudara lelaki dan perempuan, setiap seorang mendapat 1/6. Kalau lebih dari dua, untuk mereka 2/3, selepas dselesaikan wasiat dan hutangnya. Inilah amanah Allah yang perlu ditunaikan. Siapa yang mematuhi Allah dan rasul-Nya, mereka akan dimasukkan ke syurga. Itulah kemenangan yang besar. Siapa yang cuba menyalahi ketetapan ini, akan dimasukkan ke neraka.
PERIHAL ISTERI DERHAKA (4:15-21)
Jika kita menuduh isteri berzina, hendaklah dibawakan 4 saksi. Kalau sabit kesalahan, dikenakan tahanan dalam rumah sampai mati. Atau ada alasan untuk mereka menegakkan kebenarannya.
Kedua-duanya hendaklah dihukum. Jika mereka taubat dan terus beramal soleh, bebaskan mereka. Allah sedia menerima taubat mereka. Kerana Allah tahu keadaan mereka. Tiada taubat yang diterima Allah, jika mereka taubat semasa hendak mati.
Suami tidak boleh menerima pusaka dengan cara menipu. Sama seperti mengambil semula apa yang telah diberikan masa bersama. Kerana dia telah memberikan kebaikan yang banyak kepada kita.
Kalau kita menceraikanya, hendak menikahi perempaun lain, . jangan pula kita mengambil apa–apa darinya. Adakah kita tergamak mengambilnya sedangkan kita sudah hidup sebagai suaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan