Selasa, 5 Julai 2011

PEREMPUAN DIHARAMKAN BEERKAHWIN DENGANNYA

BAB 22


PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI (4:22-28)

Kita diharamkan berkahwin dengan isteri kepada bapa kita. Dengan ibu kta, anak perempuan kita, saudara perempuan kita,  emak saudara sebelah emak dan sebelah bapa kita. Diharamkan juga berkahwin dengan anak perempuan saudara lelaki dan saudara perempuan kita. Emak susuan kita, saudara susu kita. Emak mertua kita, anak tiri kita yang sudah disetubuhi ibunya. Anak menenatu kita dan nikah dengan saudara perempuan isteri kita dalam sartu masa. Namun Allah tetap maha pengampun dan penyayang. Dilarang juga berkahwin dengan isteri orang.

Siapa yang tidak mampu berkahwin dengan perempuan merdaheka,  bolehlah berkahwin dengan hamba yang mukmin. Berkahwinlah dengan izin majikannya. Bukan untuk dijadikan simpanan. Itulah caranya Allah menjelaskan tata hukum perkahwin yang diredaiNya. Bukan berkahwin kerana  nafsu syahwat. Ini satu cara Allah mahu meringankan bebanan untuk melayan nafsu kerana manusia dijadikan bersifat lemah.

JANGAN MERAMPAS HARTA ORANG LAIN (4:29-35)

Allah melarang orang beriman dari merampas dan menyamun harta orang lain.  Kecuali dengan urusan  jual beli dan perdagangan. Reda meredai anatar satu sama lain. Jangan pula membunuh orang lain tanpa sebab.  Siapa yang membunuh dengan  prasangka dan permusuhan, Allah akan masukkan ke neraka. Jika kita mampu menjauhinya, Allah akan hapuskan dosa kejahatan kita. Lalu dimasukkan ke tempat yang mulia. Jangan pula kita cemburu dengan kekayaan orang lain. Allah sudah tentukan bahagian masing-masing.  Mintalah kepada Allah. 

Orang lelaki mempunyai bahagian yang lebih dari seorang wanita. Kerana lelaki mempunyai tanggungjawab lebih untuk menguruskan keluarga. Jadilah  seorang wanita yang solehah, taat pada suami. Jika mereka derhaka, nasihatkan dulu. Selepas itu pisahkan tempat tidur. Kalau mereka kembali taat terimalah kembali.  Kalau mereka masih mahu bermusuhan, dapatkan hakim dari kedua belah pihak. Cuba berusaha untuk mendamaikan mereka. Allah akan bersama dengan keputusan mereka.

Sembah Allah, jangan mensyirikkanNya.  Berbuat baik dengan kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga jauh dan dekat.  Allah tidak suka orang sombong membangga diri.

Bagi mereka yang bakhil dan cuba pengaruhi orang lain bakhil sama,  menyembunyikan harta yang diperoleh, mereka termasuk golongan kafir. Menerima azab di neraka.  Kalau bersedekah dengan niat mempamerkan kekayaan sendiri, tidak pula beriman dengan Allah dan hari akhirat, mereka adalah sahabat syaitan.

Sama ada kita beriman dengan Allah dan membelanjakan rezeki diperoleh, Allah semua tahu tentangnya. Ketahuilah Allah tidak akan menzalimi hambanya. Walau beramal sesebasar debu sekalipun, Allah tetap berikan ganjarannya.
       
Masa itu orang kafir berharap, mereka juga akan diberikan ganjaran yang sama dengan orang beriman. Namun Allah tidak akan memberikan layanan yang sama.

Allah mengingatkan orang beriman. Jangan solat semasa mabuk. Tidak juga mereka yang berhadas besar kecuali selepas bersuci darinya. Kalau sakit, atau musafir, atau membuang aiar besar, atau bersentuh dengan kulit perempuan, kalau tidak ada air hendaklah mereka tayammum. Sapulah muka dan kedua tangan.

AHLILKITAB SUKA BERPURA-PURA  (4:44-57)

Allah gambarkan kepura-puraan ahlilkitab. Mereka  mengubah ayat Taurat untuk menyesatkan manusia. Namun ia tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah. Serahkan saja urusan mereka itu kepada Allah memutuskannya.  Lalu mereka diajak beriman dengan al Quran yang juga menyaksikan kebenaran Taurat. Allah tidak akan ampunkan dosa mereka yang mensyirikkan Allah.   

Ahlilkitab juga mendakwa diri mereka adalah bersih. Padahal Allah saja yang berhak membersihkan siapa yang dikehendakinya. Namun mereka tetap juga melakukan pembohongan terhadap Allah.

Ahlilkitab juga percaya dengan Tuhan yang lain dari Allah. Kemudian pura-pura bertanya.  Siapakah yang sebenarnya mendapat petunjuk.  Mereka akan dilaknat Allah. Tiada lagi pertolongan akan diberikan. Seolah-olah mereka ada sama tatkala Allah menentukan dasar pengurusan alam dan manusia ini.

Sebenarnya ahlilkitab ini cemburu dengan kelebihan al Quran  Padahal Ibrahim juga menerima kelebihan yang sama. Diberikan ilmu dan hikmah. Dilantik keluarganya menjadi raja.  Namun antara mereka ada yang beriman, ada juga yang kafir. Mereka Allah sediakan neraka juga.  Sebaik saja kulitnya melecet terbakar, Allah gantikan dengan kulit baru, dibakar lagi. Kalau beriman dan beramal soleh selepas itu, mereka tetap juga akan dimasukkan ke syurga, kekal abadi di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan