Siapa yang menentang Allah dan rasul dengan melakukan kerosakan di bumi, seperti membunuh atau menyalib atau memotong tangan dan kaki semuanya itu adalah hukum di dunia saja. Di akhirat mereka tetap akan dibicarakan lagi. Namun mereka tetap juga ke neraka.
Kerana itu Allah mahu orang beriman bertakwa kepada Allah. Berjihad ke arah melaksanakan perintah-Nya. Mudah-mudahan kita akan dapat kemenangan di dunia dan di akhirat. Masa itu nanti, orang kafir kalau mempunyai harta sepenuh bumi mereka akan gunakan untuk menebus diri. Bila sudah berada di neraka, mereka masih mencari helah hendak keluar darinya. Tapi tiada lagi jalan keluar untuk mereka.
Untuk keharmonian hidup masyarakat, Allah tetapkan setiap pencuri perlu dipotong tangannya sebagai pengajaran. Namun siapa yang sempat taubat dan terus melakukan kebajikan Allah sedia memaafkannya. Atas dasar Allah pemilik langit dan bumi. Dia berhak mengazab atau mengampunkan siapa yang dikehendakiNya.
Allah menasihati nabi, kalau Yahudi datang bertemu, hukumlah mereka atau tidak perlu melayan mereka. Ia tidak merosakkan risalah yang dibawa nabi. Kalau hendak menghukum, berhukumlah dengna adil.
ALLAH DEDAHKAN PULA GELAGAT NASRANI (5:46-50)
Kematian Musa, diganti oleh Isa anak Maryam menjadi rasul. Menerima Injil, sebagai lanjutan kepada Taurat. Juga membawa cahaya petunjuk dan nasihat kepada orang bertakwa. Untuk dijadikan sumber berhukum di kalangan Bani Isrial. Siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, mereka adalah fasiq.
Akhirnya, Allah turunkan al Quran, wahyu yang akhir. Juga memperakukan kebenaran kandungan Taurat dan Injil. Berhukumlah dengan al Quran. Jangan ikutkan gelagat mereka yang pernah menyembunyikan beberapa fakta utama dalamnya. Sebenarnya, jika Allah mahu Dia boleh jadikan mereka satu umat yang bersatu. Tapi sengaja Allah biarkan untuk menduga, siapa nyang suka membuat kebajikan. Ingatlah kita semua akan kembali semula kepada Allah di akhirat nanti. Semua yang dipertelingkahkan akan didedahkan.
Kerana itu, jika hendak berhukum, berhukumlah dengan kitab yang diturunkan Allah, jangan ikutkan gelagat mereka. Nanti kita akan dipesongkan dari mengikut ajaran al Quran. Akhirnya, kita sendiri akan menerima musibatnya.
Apakah kita mahu bersekongkol dengan mereka, melaksanakan hukum jahiliah. Hukum manakah yang lebih baik, jika tidak hukum Allah.
ALLAH INGATKAN ORANG BERIMAN (5:51-66)
Ingatan pertama, Kerana itu jangan menjadikan orang Yahudi dan orang Nasrani itu sebagai pemimpin. Nanti kita akan terpengaruh dengan perbuatan mereka. Allah tidak akan memberikan petunjuknya lagi. Siapa yang menyokongnya, mereka adalah orang munafik.
Ingatan kedua, Siapa yang murtad atau keluar dari Islam, mereka akan tetap bersekongkol dengan mereka. Akibatnya mengukuhkan kekuatan orang kafir, melemahkan kesatuan orang beriman. Untuk itu berjuanglah ke jalan Allah tanpa takut-takut. Nanti Allah akan limpahkan kelebihannya kepada kita.
Ketahuilah pemimpin kita ialah Allah dan rasul serta orang beriman yang sentiasa mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan patut perintah Allah. Mereka sentiasa mendapat pertolongan Allah.
Ingatan ketiga, Jangan menjadikan mereka yang pernah mempersendakan cara hidup Islam, sebagai ketua. Nanti bila diajak menunaikan solat mereka akan mengejek. Masa itu mereka tidak lagi menggunakan akal.
Nabi bertanya mereka: Wahai ahlilkitab, apakah kamu anggap kami bersalah kerana hanya kami beriman dengan Allah dan kitabnya. Bukankah kaum kamu pernah disumpah menjadi kera kerana melanggar perintah Allah. Memang terdapat ramai antara mereka yang berlumba-lumba membuat kerosakan dan memakan harta haram.
Namun mereka tetap mendakwa: Tangan Allah terbelenggu - tak boleh buat ap-apa. Sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu. Mereka tetap dilaknat kerana tuduhan itu. Malah tangan Allah tetap terbuka menaburkan rezekinya tanpa batas. Lalu Allah lahirkan sikap benci mebenci anatra satu sama lain hingga kiamat. Bila mereka cuba menyerang orang beriman, Allah padamkan. Kekallah mereka melakukan kerosakan di bumi
Kalaulah mereka melaksanakan hukum seperti yang diterdapat dalam Taurat dan Injil nescaya akan lahir dari kalangan mereka yang suka membuat kebajikan dan bertindak pertengahan. Tapi masihramai yang mengekalkan perangai lamanya. 66
Tiada ulasan:
Catat Ulasan